Friday, June 5, 2009

Apakah kesan apabila seseorang itu diisytiharkan bankrap?

Sedikit soal jawab mengenai kebankrapan... sumber:- http://www.insolvensi.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=59&Itemid=77

Bagaimanakah seseorang individu itu dihukum bankrap?
Seseorang individu boleh dihukum bankrap apabila gagal menyelesaikan hutangnya RM30,000.00 dan ke atas.

Apakah larangan-larangan terhadap si bankrap?
Si bankrap tidak boleh-
o dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen atau dinamakan atau dilantik sebagai Ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan – Seksyen 36 & 37;
o meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi. Walau bagaimanapun, sebarang tindakan Mahkamah selain kecederaan peribadi boleh diteruskan dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi – Seksyen 38(1)(a);
o keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah – Seksyen 38(1)(c);
o menjadi Pengarah Syarikat atau terlibat dalam pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(d);
o terlibat dalam syarikat atau menjadi pekerja syarikat yang dimiliki oleh pasangannya atau saudara-maranya tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(e)

Bolehkah si bankrap membuka akaun bank?
Bagi Akaun Simpanan - Si bankrap dibenarkan untuk membuka akaun simpanan bagi tujuan kemasukan dan pengeluaran gaji sahaja. Permohonan untuk membuka akaun simpanan boleh dibuat di cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan.


Bagi Akaun Semasa - Si bankrap tidak dibenarkan untuk membuka akaun semasa bagi apa-apa jua tujuan.

Bagaimanakah si bankrap boleh membuat permohonan keluar negara?
Si bankrap hendaklah mengemukakan permohonan kepada cawangan di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan. Borang permohonan ke luar negara boleh dimuat turun dari laman portal Jabatan Insolvensi Malaysia.+

Bolehkah fail kebankrapan dipindahkan daripada satu cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia yang lain?
Sibankrap boleh membuat permohonan pemindahan fail ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia lain dengan mengemukakan permohonan ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana fail ditadbirkan sekiranya dibuktikan alamat terkini si bankrap berada di dalam bidang kuasa mahkamah yang berhampiran dengan cawangan yang dipohon untuk dipindahkan.

Bolehkah si bankrap memindah milik hartanya?
o Si bankrap tidak dibenarkan memindah milik hartanya dalam tempoh kebankrapannya. Segala pindah milik yang dibuat oleh sibankrap dalam tempoh dua (2) tahun hingga lima (5) tahun sebelum Perintah Kebankrapannya boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi.
o Walau bagaimanapun, jika si bankrap ingin menjual/memindahmilik harta miliknya, si bankrap boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

Bolehkah si bankrap membuat pembayaran terus kepada pemiutang-pemiutang untuk tujuan penyelesaian hutangnya?
Si bankrap tidak dibenarkan membuat sebarang pembayaran terus kepada pemiutang. Segala pembayaran hendaklah dibuat melalui Ketua Pengarah Insolvensi.

Bolehkah si bankrap mengerjakan haji dan umrah?
Si bankrap dibenarkan mengerjakan haji dan umrah dengan mengemukakan sebagaimana permohonan untuk ke luar negara. Walau bagaimanapun, kebenaran hanyalah diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh kebankrapannya.

48 comments:

  1. buka akaun simpanan bule agi ek
    tp cm sgt terhad je
    siannye org yg da bankrap

    ReplyDelete
  2. sourplum, utk org yg memang berhutang & lepas tu x dpt nak bayar hutang & kene bankrap, memang ini lah yg diorg kene tanggung...

    tapi kesian kat org yg menjadi penjamin utk pinjaman2 bank... i.e. jamin org beli keter besar... jamin org amik biz loan besar2... jamin org amik personal loan besar2... jamin org amik study loan utk gi overseas (jumlah pinjaman ratusan ribu)... niat baik sebab nak bantu orang, tapi peminjam plak yg liat nak bayar & tak fikir pasal penjamin...

    so, sesapa nak jadik penjamin, berhati2...

    ReplyDelete
  3. Jika rumah atas name dua orang (A dan B), A sudah lari ke luar negara, B tak dapat nak bayar house loan. Apa yang akan berlaku ke atas B? Jika A sudah lari dan disue bankrap, boleh tak dia balik ke M'sia? Hutang ke atas RM30K, jabatan berkenaan akan ambil berapa lama sue A bankrap?

    ReplyDelete
  4. Hi Blink Shoppe,

    secara umumnya:-

    A. Jika mahkamah dah isytiharkan A sbg bankrap, maka bila A balik ke Malaysia, dia akan kekal bankrap melainkan dia selesaikan pembayaran hutang melalui Jabatan Insolvensi. Hutang boleh diselesaikan secara berperingkat. Boleh hubungi Jab Insolvensi utk lapor diri & hadiri Creditor's Meeting.

    2. Selalunya bila Bank masukkan tindakan kebankrapan ke atas peminjam, bank akan ambil tindakan yg sama ke atas penjamin - serentak. So, penjamin kena rujuk kpd Bank apa status penjamin buat masa ini.

    3. Proses undang2 mengambil masa 1-2 tahun atau mungkin juga lebih lama dari itu utk bankrapkan seseorang. Ianya bergantung kpd bbrp faktor spt sama ada Judgment telah diperolehi/ belum, dokumen yg berkenaan lengkap/tak, berapa lama masa yg diambil utk serahkan notis kebankrapan dan sebagainya.

    maklumat di atas hanya sbg panduan sahaja.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam Puan Rose.
    Very good and informative blog.

    ReplyDelete
  7. salam puan.. saya nk berinteraksi dgn pn secara tel. blh bg hp no?

    ReplyDelete
  8. hullo,
    mcm contoh A&B yg kongsi nama atas satu rumah, tp mcm mn kalau si A diisytihar bankrap atas hutang yg lain. ape akan jadi pada rumah yg dishare atas name A&B.
    2.ape pulak akan jadi pada A yg bekerja dgn kerajaan yg sdh hampir bersara.adakah pengisytiharan akan membawa kesan pada pencen, duit gratuiti dan "golden handshake"?

    ReplyDelete
  9. Karadrith,

    1. Apabila seseorg itu diiystiharkan bankrap, dia akan dipanggil utk m'hadiri mesyuarat pemiutang di Pej. Pemegang Harta. Antara perkara yg perlu dibuat ketika mesyuarat ialah menyenaraikan semua harta yg dimiliki dan menyenaraikan semua pendapatan & juga hutang yg ada. Boleh rujuk Pej. Pemegang Harta utk maklumat lanjut. Artikel saya hanya sebagai garis panduan umum sahaja & ianya juga diperolehi dari laman web yg berkaitan.

    2. kalau x salah saya, seseorang kakitangan kerajaan tidak boleh diisytiharkan bankrap. Ia boleh menyebabkan dia hilang pekerjaan. Sila rujuk arahan / pekeliling yg berkaitan.

    ReplyDelete
  10. salam kak.saya utang dgn bank 7ribu.alih2 saya utang dh 40knih.dh dekat 8 tahun kes saya ni baru saya tau semalam.ada org cakap bank kalau nak saman saya mesti dalam masa 6 tahun tu.tul ke?saya minta fullsettlement dia bg 18k minta jelaskan dlm satu bulan.atau 25k 2500 sebulan,atau bayar 40k plus itu ansuran...saya dah reason dengan org bank tu ckp mana nk cari duit 18k dlmsatu bulan..dua bulan boleh la,tp dia xnk.then dia ckp esok legal team nk pg court nk bangkrap kan saya...dan2 je esok nk pegi..tul ke kak.tp mmg nama saya ada kat bank negara.tp tak tau lah level brape...tolong la bagi nasihat apa yg patut saya lakukan...saya x nk bangkrap..saya nak bayar.tp bank mcm x nak bertolak ansur

    ReplyDelete
  11. salam kak.saya utang dgn bank 7ribu.alih2 saya utang dh 40knih.dh dekat 8 tahun kes saya ni baru saya tau semalam.ada org cakap bank kalau nak saman saya mesti dalam masa 6 tahun tu.tul ke?saya minta fullsettlement dia bg 18k minta jelaskan dlm satu bulan.atau 25k 2500 sebulan,atau bayar 40k plus itu ansuran...saya dah reason dengan org bank tu ckp mana nk cari duit 18k dlmsatu bulan..dua bulan boleh la,tp dia xnk.then dia ckp esok legal team nk pg court nk bangkrap kan saya...dan2 je esok nk pegi..tul ke kak.tp mmg nama saya ada kat bank negara.tp tak tau lah level brape...tolong la bagi nasihat apa yg patut saya lakukan...saya x nk bangkrap..saya nak bayar.tp bank mcm x nak bertolak ansur

    ReplyDelete
  12. ahmad fuad,

    maaf saya tak tahu kes awak secara terperinci. sebaik2nya lantik peguam utk berurusan dgn bank & ke mahkamaha.

    ReplyDelete
  13. HBSaya menjadi penjamin pada seseorang atas pembelian kereta.Setelah beberapa tahun baru beberapa hari yang lalu saya mendapat surat dari MDI utk menghadirkan diri atas alasan bangkrap. Sekiranya sya membayar semua hutang, bolehkah saya dilepaskan dari bangkrap? Bagaimana pula si peminjam, adakah dia juga akan lepas dari kebangkarapn?

    ReplyDelete
  14. Ahmad Fuad,
    saya harap masalah anda telah selesai. Sekiranya ada mempunyai sebarang pertanyaan, boleh juga jika anda hadir ke pejabat insolvensi yang berdekatan. berdasarkan nombor k/p dan nama penuh anda, mereka boleh memberikan maklumat kebankrapan anda & memaklumkan anda jabatan insolvensi manakah yang bertanggungjawab mengendalikan kes anda.
    berkenaan hutang dari 7k menjadi 40k, mungkin kerana interest. tetapi, kalau kes dah lebih 7 tahun, lebih baik semak semula. sebaik-baiknya dapatkan khidmat nasihat undang-undang. Bawa semua dokumen & surat yang berkaitan apabila mendapat nasihat undang-undang.

    ReplyDelete
  15. boleh ke bank atau mahkamah merampas rumah yang telah dipindah milik ke atas orang lain? saya telah buat pindah milik sebelum saya diisytiharkan bankrap, dan sekrg rumah tersebut atas nama orang lain, boleh ke insolvensi ambil rumah tu?

    ReplyDelete
  16. Noi,

    boleh rujuk semula kepada jabatan insolvensi... kalau x salah ada satu tempoh yg kita tak boleh buat pindahmilik dari tarikh kita bankrap.. i.e. 1 tahun or 6 bulan...

    ReplyDelete
  17. aslmkm smua... saya ada masalah besar. 28hb ni sya naik court jalan duta. saya ni penjamin ke atas hutang sbnyak rm67k. kakak saya adalah peminjam dan telah disabitkan bankrup melalui mesyuarat di mahkamah shah alam. dia telahpun berurusan dengan insolvensi dengan membayar rm100 setiap bulan. pihak bank kini nak bankrupkan saya pula sebagai penjamin.'bolehkah saya dilepaskan dari bankrup? bolehkah saya dibankrupkan ke atas kes yang sama yang telahpun diselesaikan oleh kakak saya. saya keliru sebab apabila peminjam telah membuat persetujuan antara dia, bank dan insolvensi...maka saya sepatutnya telah dilepaskan dari sebarang tuntutan oleh bank?...please tolonglah saya...sebab saya kerja di jabatan kerajaan. matilah saya macam ni...

    ReplyDelete
  18. Taufik,

    Memandangkan anda telah diisytiharkan bankrap, sila rujuk kepada Jab. Insolvensi yang berkaitan yang mana mereka akan adakan sesi perbincangan dgn anda & anda boleh bertanya mereka mengenai prosedur membatalkan status bankrap.

    ReplyDelete
  19. Archie,

    ada 2 agreement selalunya:-
    1. peminjam dgn bank
    2. penjamin dgn bank

    so, bank boleh saman utk dua2 agreement. kalo peminjam bayar penuh, maka xde masalah, tapi kalo x bayar penuh, penjamin akan kena jugak, sebab penjamin dah bagi jaminan kat bank yg peminjan akan bayar & jugak dah bagi jaminan yg kalo peminjam gagal bayar, penjamin akan bayar kat bank. itu lah sebenarnya yg kita dah setuju dgn bank.

    jadi, kalo xnak bankrap, sila rujuk kepada bank, bagaimana awak boleh selesaikan bahagian awak sbg penjamin.

    ReplyDelete
  20. thanks kakngah...sya dah paham...xda hrapan ler sya nak lepas yer...nak mmbayar apapun xlps dah... kperluan asas pun xckup dah...hrap wf bantu jer...

    ReplyDelete
  21. if orang yg bankrap tu nak beli syer, boleh ke??

    ReplyDelete
  22. if org yg dah bankrap,leh ke beli syer mana-mana koperasi??

    ReplyDelete
  23. mz_sh,
    seseorang yg bankrap hanya boleh memasuki kontrak (agreement) utk bekerja sahaja. sekiranya ingin memasuk sebarang perjanjian lain, kene dapatkan kebenaran dari Jabatan Insolvensi tempat di mana fail kebankrapan itu dikendalikan.

    ReplyDelete
  24. S fatin abg s bli kdraan dia pkai nma s dia tak byr. Kna trik bank llong 11rbu s kna kje kat l ngara bla blik sni thu je nma s dah blist pg kat bank bank ckp dah 6 thun lbih dah jdi htang 30lbih s mna ada duit nak byar byk tu klau s. Blh thu mna ada bank yg blh bg kta pjman untuk kta slesaikan htang kta tu t ksih

    ReplyDelete
  25. Blh ke org yg bankrap tu Ada buat biz Mlm, dia Sambung buat biz tue, cth Ada keahlian dlm Amway

    ReplyDelete
  26. salam admin,saya ada 2 soalan

    1.Kalau kita nk memohon buka akaun simpanan setelah bankrap,bolekah buka akaun bank yang sama sebelum kita bankrap (untuk tujuan gaji)

    2.Bila dh bankrap,adakah kita perlu bayar balik hutang secara ansuran dengan jumlah yang sama.contoh : sebelum bankrap,saya bayar RM750 setiap bulan.lepas bankrap,kena bayar yang sama ka?

    ReplyDelete
  27. Erynna,

    saya tiada maklumat mengenai perkhidmatan pinjaman oleh bank.

    ReplyDelete
  28. Alan Keys,

    dah dinyatakan di atas, selain kontrak untuk bekera, si bankrap kena mendapat kebenaran dari pihak insolvensi.

    ReplyDelete
  29. Bart,

    dah dinyatakan di atas, permohonan utk bukak akaun gaji kena buat melalui jabatan insolvensi.

    Berkenaan pembayaran selepas bankrap, ianya bergantung kepada mesyuarat pemiutang antara pemegang harta, pihak penghutang (si bankrap) & pihak pemiutang (bank). Jadi, masa semak dgn pihak insolvensi mengenai permohonan bukak akaun gaji, boleh dptkan penjelasan mengenai pembayaran semula kepada bank.

    ReplyDelete
  30. Saya nk tya,rumh saya sudah d lelong olh phk mbsb.saya dpt srt dr mhkmh berknaan dgn baki dr lelogn trsbut sbyk 30k perlu dbyr.mhkamh telh memtskn pihk mbsb buat tuntutn byarn sbln 200.bermula dr tarikh yg mhkmh putskn pda saya.saya tdk mgikut arhn mhkmh,shga pihk mbsb membuat tuntutan keatas saya.untk mklumnn saya dh tertgk dr pernth mhlmh sbyk 8bln.phk mbsb minta saya selesaikan jmlh yg tertggk.kalau gagal satu notis kebankrapan akn dijalankan.perlukah saya ikut perith mahkmh dn selesaikn baki yg tertggk dn buat bayarn sperti yg dputuskan.apakah status saya sekarg ,blacklist,muflis atau sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba bincang dgn bank, boleh x bayar tunggakan 8 bulan kemudian bayar mcm biasa 200 sebulan. Kalau bank x benarkan, maka kena bayar full.

      Delete
  31. Salam, saya tidak meminjam dr mana2 agensi keewangan. namun saya ada menyewa sebuah mesin fotostat dari syarikat fuji xerox. Setelah berpindah ke perak, pihak fuji xerox tidak dpt dtg utk buat servis dan repair. Setelah 3 tahun, saya tidak membayar sewa. Saya telah dihantar writ saman oleh peguam. Dan saya perlu hadir ke mahkamah pada 14 june 2013. Dan saya perlu selesaikan jumlah 38k. Apa tindakan yg saya perlu lakukan? Adakah sy boleh dibankrapkan? Adakah penjamin sy juga boleh dibankrapkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ya kedua2 peminjam & penjamin boleh dibankrapkan jika mahkamah puas hati yg tuan menyewa & gagal bayar sewa mesin tersebut, sebaiknya lantik peguam.

      Delete
  32. Beli rumah dgn 2 nama(sy dan Abg),loan dan smp pun 2 nama.Abg telah lost contact(tak tau samada dia hidup @ mati @ dia berada di mana) dan telah diisytiharkan bankrap.Sy mahu tukarkan penama rumah kpd nama sy @ isteri saya.Sy dah cb buat refinance,permohonan telah ditolak disbbkan bankrap.mcmana penyelesaiannnya?
    1.Bank akan srh abg pergi insolvensi,mcamana nk srh dia pergi sedangkan sy dah lost contact dgn dia.
    2.lelong rumah iaitu sy dgn sengaja tak byr rumah.brpkah caj yg dikenakan sekali lelong oleh pelelong.kebiasaannya brpkah kekerapan lelongan akan dilakukan sehingga rumah ada buyer dan macmna sy nk tau bila dan di mana lelongan dilakukan.
    3.jika ada buyer melalui lelong,adakah sy akan dpt hasil dari lelongan tersebut jika harga rumah lebih tinggi dari loan yg sy buat.
    4.Apabila step 3 berjaya,mcmane pula sy akan dibersihkan dr ccris,citos atau bankrap dh tentu pihak tersebut akan buat tak tau je...

    Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Kena buat carian di JPN utk tau lokasi terkini abang. Bank selalunya akan iklankan di surat khabar
      2. Lelong: sila rujuk pihak bank
      3. Bank akan bagi balance kpd peminjam
      4. Selepas 6 bulan dari settlement dgn bank, nama akan clear dari CTOS. Mohon surat pengesahaan dari bank yg hutang telah selesai. Kemudian walk in ke pejabat CTOS, tunjuk surat bank tu. bawak sekali.

      Delete
  33. Saya nak tanya klu seorg tu da.di b/cy..bgai mna hartanya ada ka pihak bank akan tarik atau??

    ReplyDelete
  34. Susah hati dpt bankruptcy notice...ya allah..

    ReplyDelete
  35. salam puan..macam mana saya hendak berhubung dgn puan tentang masalah saya..

    ReplyDelete
  36. Salam juhari nak tanya saya ada blacklist kat bank boleh tak pihak tuan menbantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, email bicaralegal@gmail.com dan saya akan bagi quotation.

      Delete
  37. Admin,saya pernah belajar di jordan bawah tajaan Kementerian Pndidikan malaysia,tapi saya gagal tamat belajar,saya balik ke Malaysia pada 1999 setelah 4 thn di sana.Baru2 ini saya terima surat dr Jabatan PeguaM Negara yg menyatakan saya perlu membayar rm100k dlm temph 30 hari..jumlah tepat ialah rm99300.sekiranya gagal saya akan diambil tindakan mahkahmah.soalan saya,apakan keadaan terburuk yg boleh berlaku kepada saya.saya mmg tidak mampu membyar semula jumlah tersebut atas sbb2 pekerjaan saya dan keadaan ekonomi keluarga saya sekarang.Adakah saya akan dibankrapkan.Mohon nasihat dr admin

    ReplyDelete
  38. Saya tak pasti apa cara yg biasa digunakan oleh KPM untuk menuntut hutang. Jika mereka failkan saman, dan mahkamah puashati yg niko perlu bayar KPM, maka niko perlu bayar. Saman selalunya atas nama peninjam dan penjamin. Jika gagal bayar, boleh dibankrapkan (juga kedua2 peminjam dan penjamin).

    ReplyDelete
  39. Jika saya meminjam dari seseorang dan bukan dari bank, adakah saya boleh dibankrapkan jika tidak membayarnya?

    ReplyDelete
  40. Para pe baca yg d hormati....sekalian....saya merupakan salah seorang yg d sabitkan d bawah kebankrapan....setelah saya melalui segala arahan yg d berikan....saya dapati kehidupan saya semakin tenat....dengan segala arahan .....yg d berikan...yg menjadi mangsa kita sebagai penjamin yg ingin menolong keluarga/saudara/sahabat...d sini d mana kita meletak kewararasan untuk menolong orang lain telah d salah erti kan......apa yg kita dapat dengan menolong mereka ...kita d himpit berbagai kesulitan...dan tiada siapa yg dapat membantu kita selain ....dari diri kita sendiri.....saya telah mengalaminya.....sehingga satu tahap.....yg hampir2....jadi gila....tapi saya berjaya tempuhi segala....dugaan....dengan...tabah....dan alhamdulilah......kehidupan saya normal seperti orang lain.....tapi....saya masih lagi ...bangkrap....bukan tak mampu bayar...tapi kecewa dengan keadaan....yg d alami sebelum ini....biarlah saya ....menggunakan org lain .....untuk meneruskan kehidupan saya.....(maksud saya untuk bisnes saya).....daripada membayar....apa yg tidak kita buat dan tanggung....sebagai penjamin.......para pembaca bankrap bukan lah satu alasan untuk kita kalah....dalam kehidupan.....banyak cara lagi.....yg penting anda semua cari.....d mana jalan yg harus d lalui.....maaf andai menyingung pembaca sekalian...sebagai renungan ....sahaja....

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum....adakah keluarga so bangkrap akan mengalami apa apa kesan seperti akaun dibekukan?

    ReplyDelete
  42. Saya turut terkesan dgn hutang ...saya sblm ini mampu mbayar stiap bln cuma ada 3 bln ttunggak kerana ptukaran akaun gaji itupun bknlah 3 bln brturut...namun pihak Bank Rakyat dgn angkuh memberitahu saya yg saya akan difailkan bankrap.Saya minta pihak bank bincang perkara tsebut namun mereka enggan sy di beri tempoh utk mbyr semua tunggakan ataupun separuh bg mgelakkan fail saman di hantar...selama bberapa bln sy byr lebih 300 namun pihak bnk masih mghubungi saya utk selesaikan.dan bila surat lawyer dtg ketika sy bcuti office boy spatutnya merahsiakan hal sy ttp yg saya sakit hati office boy lawyer tsebut bercerita ttg surat saya kepada rakan sekerja saya...from a to z pasal surat tu...sy jd marah dn buat surat aduan kpd lawyer dn mereka tlh mghantar office boy lain utk mghantar notis saman...pihak bnk masih tdk mahu btolak ansur...bila saya katakan saya tdak mampu utk mbyr tunggakan tmasuk legal fee sbyk 10k.saya marah dan selama 3 bln ni saya x byr langsung blnan ke B Rakyat.Slogan saya mesti pilih...tp planggan dpaksa pilih bankrap...bank tipu orang...nyusahkan org.6 hb mei ni saya dsuroh mdgr kes d mahkamah...apa yang patut saya buat...dan kerana itu saya mohon utk bsara awal kpd jabatan tempat saya bkerja kerana takut.

    ReplyDelete
  43. passionate: boleh email saya bicaralegal@gmail.com

    ReplyDelete